fbpx

8 Disember 2021, 11:05 am

  TERKINI

Popis, kudapan petang yang enak

Popis, hidangan gabungan antara pisang dan kulit popia, sesuai dihidangkan untuk minum petang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LAILA YUSOF

Popia pisang atau dikenali sebagai popis merupakan hidangan gabungan antara pisang dan kulit popia, sesuai dihidangkan waktu minum petang.

Siapa sangka, menu yang kelihatan mewah ini, namun resipinya cukup mudah dan senang disediakan. Resipi kali ini dikongsi oleh Laila Yusof.

Tips paling penting dalam penyediaan resipi ini ialah, menggunakan pisang emas atau pisang berangan.

Ini kerana pisang jenis ini lebih manis dan bertambah sedap bila dibalut dengan kulit popia sebelum dicurah dengan coklat.

Bahan-bahan utama:

Kulit popia

Pisang berangan (dibelah dua atau dipotong ke saiz kecil)

Minyak masak untuk menggoreng

2 sudu makan tepung gandum

1 sudu makan air

Pilihan bahan-bahan toppings:

Coklat kompaun.

Keju cheddar (diparut).

Nestum

Kacang

Strawberi

Cara penyediaan:

1. Sediakan minyak masak dalam satu cawan (pastikan minyak banyak).

2. Goreng pisang berangan terlebih dahulu selama lima hingga sepuluh minit.

3. Kemudian angkat dan toskan pisang dari kuali.

4. Setelah itu, gulung pisang tersebut ke dalam popia.

5. Selepas membalut popia, lekatkan penghujung kulit tersebut dengan menggunakan tepung yang dicampur air agar popia tidak terbuka ketika digoreng.

6. Goreng popia pisang selama 10 hingga 13 minit.

7. Angkat dan toskan.

Cara penyediaan toppings:

1. Cairkan coklat kompaun menggunakan kaedah double boil. Letak sedikit minyak masak dalam dua sudu makan pada coklat tersebut.

2. Setelah coklat cair, tuangkan sedikit coklat atas popia sebagai lapisan sebelum menaburkan toppings lain agar bahan tersebut melekat pada kulit popia.

3. Kemudian tabur toppings pilihan anda seperti keju cheddar yang sudah diparut.

Untuk hiasan selain coklat, bahan lain seperti Nestum, coco crunch dan badam boleh digunakan.

Tips:

Untuk mendapatkan popia rangup, goreng menggunakan api kecil sahaja selama 10 hingga 13 minit. Minyak digunakan perlu banyak agar popia kekal rangup walaupun sudah sejuk.

Gunakan pisang tidak terlalu masak atau lembik supaya rupa bentuk pisang setelah digoreng, cantik dan tidak meletup sewaktu menggoreng.

POPULAR

KOSMO! TERKINI