Polis siasat kediaman ahli MCA disimbah cat - Utusan Malaysia

Polis siasat kediaman ahli MCA disimbah cat

NOTA ugutan yang diterima Chua Jian Boon selepas kediamannya disimbah cat merah di Jalan Sri Putri 1/8, Taman Putri Kulai di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kediaman Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon disimbah cat oleh individu tidak dikenali dalam satu kejadian di sini semalam.

 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.15 malam di kediamannya yang beralamat di Jalan Sri Putri 1/8, Taman Putri Kulai.

 

“Antara yang disimbah dengan cat merah termasuklah dua buah kereta dan pagar kediaman berkenaan. Turut ditinggalkan adalah sekeping nota ugutan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 

Tambah Beng Yeow, satu pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam perbuatan tersebut.

 

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

Pada 23 September lalu, Jian Boon memaklumkan menerima ugutan melalui panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali selepas mengadakan sidang akhbar berkaitan seorang wanita yang menjadi mangsa sindiket ah long.

 

Katanya, ugutan tersebut dibuat menerusi panggilan telefon kepada bapanya yang berusia 58 tahun dan mengatakan agar Jian Boon tidak sibuk membantu orang atau jika tidak rumah mereka akan dibakar.

 

“Saya menganggap tindakan pihak berkenaan membuat ugutan sebagai satu cabaran, bukan kepada saya seorang tetapi kepada MCA Malaysia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN