Pemandu lori langgar lebih 10 kereta dikesan   - Utusan Malaysia

Pemandu lori langgar lebih 10 kereta dikesan  

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan lori melanggar lebih 10 kereta di Kompleks E, Putrajaya, baru-baru ini - Sumber media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis mengesahkan pemandu lori yang  melanggar lebih 10 buah kereta di Kompleks E, di sini sudah dikesan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu lori berkenaan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan.

Menurut beliau, 10 pemilik kereta yang terbabit dalam  kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan.

“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, CGSO Parcel E juga memaklumkan, lokasi kejadian digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir  kenderaan.

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat kerana  kawasan atau laluan tersebut  digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir,” katanya.

Katanya, pihaknya juga difahamkan, polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan.

Jelasnya lagi, polis boleh mengeluarkan saman kepada mereka tidak patuh.

Terdahulu, tular rakaman video di laman sosial memaparkan sebuah lori melanggar lebih 10 buah kereta yang diletakkan di bahu jalan di Parcel E menyebabkan pelbagai kerosakan termasuk kesan calar dan kerosakan cermin sisi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.