Pelajar kelas peperiksaan capai 90% vaksinasi hadir sekolah tanpa giliran - Utusan Malaysia

Pelajar kelas peperiksaan capai 90% vaksinasi hadir sekolah tanpa giliran

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bagi peringkat menengah baru-baru ini. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan institusi pendidikan bawah KPM yang mencapai kadar vaksinasi  lengkap 90 peratus atau lebih bagi murid kelas peperiksaan awam dan  antarabangsa beroperasi tanpa penggiliran mulai  8 November ini. 

KPM dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan  bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  dan Majlis Keselamatan Negara dengan  mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan murid kelas  peperiksaan. 

Menurut beliau, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi murid kelas  peperiksaan awam dan antarabangsa hadir tanpa penggiliran melibatkan bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan  negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

“Pengoperasian bagi  negeri Kumpulan A juga bermula pada 8 November kerana  7 November adalah cuti tambahan sempena perayaan Deepavali yang diperuntukkan dalam Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan  Tahun 2021 bagi sekolah bawah KPM.

 “Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi kelas peperiksaan  awam dan antarabangsa melibatkan kehadiran murid kelas peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Tinggi Agama  Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia serta kelas  peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher  School Certificate dan IBD) dan murid kelas peperiksaan antarabangsa  yang lain,” kata beliau  hari ini.

 Menurut KPM, bagi institusi pendidikan yang belum mencapai peratusan kadar vaksinasi lengkap, pengoperasian  kekal secara penggiliran.

  Bagaimanapun, katanya, murid prauniversiti semester 3 di Sekolah Sukan  Malaysia, murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama  sepenuhnya dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) kekal hadir  tanpa penggiliran.

Katanya, KPM akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi  pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus  bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa. 

“KPM akan mengeluarkan senarai terkini institusi pendidikan bawah KPM yang  belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus pada setiap hari  Rabu. 

“Justeru, mana-mana institusi pendidikan yang mencapai  kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih akan dikeluarkan  daripada senarai tersebut dan institusi boleh mula beroperasi tanpa  penggiliran pada hari Ahad/Isnin minggu berikutnya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya