Nasi ayam, popia basah cef OKU laris - Utusan Malaysia

Nasi ayam, popia basah cef OKU laris

MOHD. Azwan Adam (kanan) melayan pelanggan yang di gerainya di kawasan penjaja bersebelahan Pejabat Pos Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Siapa sangka seorang lelaki di Bandar Penawar di sini yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) pekak adalah seorang bekas tukang masak di sebuah hotel terkenal.

Ternyata air tangan Mohd. Azwan Adam, 37, disukai ramai apabila nasi ayam dijual bersama popia basah yang diusahakannya untuk menyara keluarga menjadi buruan.

Adiknya, Mohd. Arif, 35, berkata, Mohd. Azwan yang menyewa rumah di Bandar Penawar dibantu isterinya menyiapkan 60 hingga 70 bungkus nasi ayam manakala popia basah disediakan antara 20 hingga 30 bungkus sehari.

“Abang biasanya keluar rumah pada pukul 11 pagi. Jika ramai orang dalam pukul 1 petang dia sudah selesai berniaga dan pulang ke rumah.

“Tambahan abang mempunyai pelanggan tetap yang menggemari nasi ayamnya. Jadi memang sekejap sahaja habis,” katanya semalam.

Menurutnya, Mohd. Azwan gemar memasak sejak kecil bahkan sering menyediakan makanan kepada mereka sekeluarga di rumah.

“Abang mengalami masalah hilang pendengaran ketika kecil, masa itu dia demam panas namun tidak bisu. Disebabkan masalah itu dia menjadi sukar bertutur.

“Disebabkan minat memasak, abang mengambil kursus dalam bidang kulinari dan sempat bekerja di sebuah hotel bermula sebagai pembantu tukang masak dan menjadi cef sebelum bertukar kerja di kedai makan di Johor Bahru,” katanya.

Mohd. Arif berkata, abangnya yang tujuh tahun berniaga di kawasan penjaja bersebelahan Pejabat Pos Bandar Penawar sudah berumahtangga dan dikurniakan tiga anak berusia tiga hingga lapan tahun yang dilahirkan normal.

Menceritakan cabaran abangnya sebagai peniaga OKU, katanya, masalah utama ketika berniaga adalah komunikasi seperti pelanggan mahukan nasi atau ayam tambahan yang agak sukar difahami Mohd. Azwan.

Selain berniaga, Mohd. Azwan turut mengambil tempahan nasi ayam bagi mereka yang mahu membuat majlis di sekitar Bandar Penawar dan Felda Gugusan Adela dengan menghubungi secara mesej WhatsApp Mohd. Azwan di talian 018-7857996 atau Mohd. Arif di nombor 014-8253442. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya