Zizi Kirana bertemu bapa yang terpisah sejak umur tiga tahun - Utusan Malaysia

Zizi Kirana bertemu bapa yang terpisah sejak umur tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghubungi kembali bapa kandungnya yang sekian lama terpisah sejak dia berusia tiga tahun.

Zizi, 36 berkongsi pengalaman itu ketika tampil menerusi di sesi Instagram Live bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan anjuran Nurflix.tv baru-baru ini.

Katanya, penyatuan semula dia dan bapanya berlaku sewaktu pernikahannya bersama pelakon, Yusuh Bahrin, yang berlangsung pada 19 September lalu.

“Ibu dan bapa bercerai dan kami tidak berjumpa lagi sejak usia saya tiga tahun. Dalam usaha mencari wali, termasuk untuk mengiklan mengenainya di akhbar, Allah SWT mempermudahkan urusan saya.

“Saya melakukan carian di Instagram dan terjumpa nama adik-beradik yang sebapa. Apabila dimaklumkan kepada emak, dia terlebih dahulu menghubungi bapa untuk menyatakan hasrat kami. Hanya selepas itu, baru saya bercakap dengan bapa.

“Walaupun hanya dapat berhubung melalui panggilan telefon, dia memberikan kerjasama yang sangat baik. Segala dokumen penting untuk pernikahan saya dan Yusuf dihantar melalui kurier,” katanya.

Dalam pada itu penyanyi yang popular menerusi lagu Eh itu turut merancang untuk membawa suaminya berjumpa dengan bapa kandungnya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan.

Zizi melangsungkan pernikahan dengan Yusuf dalam majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua pihak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya