Kertas Putih Komunis - Utusan Malaysia

Kertas Putih Komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 Oktober 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan mendedahkan dalam satu Kertas Putih bahawa komunis menggunakan kawasan-kawasan hitam dalam masa darurat pertama dahulu sebagai tapak untuk melancarkan semula perjuangan bersenjatanya.

Kertas Putih yang berjudul ‘Munculnya semula ancaman komunis bersenjata’ menyebut Kulim di Kedah dan Sungai Siput di Perak sebagai kawasan-kawasan hitam tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik:

* 3 Oktober 1969 – Sepanyol memutuskan hubungan telegraf dan telefon dengan Gibraltar pada tarikh akhir British sepatutnya
menyerahkan kawasan tersebut kepadanya.

* 3 Oktober 1973 – Seluas 400,000 ekar di Pahang Tenggara akan dibuka kepada pelombong-pelombong tempatan dan luar negeri
untuk mencari gali bijih timah di kawasan tersebut.

* 3 Oktober 1983 – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan kempen kebersihan di seluruh negara dengan harapan ia menjadi identiti rakyat Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN