Jabatan Perhutanan Terengganu tanam 267,176 pokok - Utusan Malaysia

Jabatan Perhutanan Terengganu tanam 267,176 pokok

ARIFFIN Deraman (tengah) menyiram pokok selepas program penanaman Jabatan Perhutanan negeri bersama jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) di Kampung Kepong, Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 267,176 batang pokok ditanam Jabatan Perhutanan Terengganu di seluruh negeri, setakat bulan lalu.

Pegawai Hutan Daerah, Wan Radzi Wan Abdullah berkata, inisiatif sempena kempen penanaman 100 juta pokok itu selaras untuk mengekalkan kawasan hijau terutama di tanah lapang di seluruh negeri.

“Tahun ini, kita menyasarkan menanam 500,000 batang pokok dengan baki lebih 230,000 batang lagi akan diselesaikan hingga akhir tahun.

“Program penanaman agak perlahan di peringkat awal kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi kini, aktiviti itu sudah kembali aktif bersama komuniti,” katanya dalam sidang akhbar selepas program penanaman pokok bersama jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) Kampung Kepong yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 200 batang pokok ditanam di tanah perkuburan termasuk penaga, merawan dan bunga tanjung.

Menurut Wan Radzi, melalui kempen penanaman 100 juta pokok itu, Terengganu menduduki tangga keenam daripada keseluruhan 11 negeri. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya