fbpx

Hidup aktif kunci tulang, sendi dan otot kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tulang mungkin semakin lemah seawal umur 30an. Semakin meningkat usia, tulang mungkin akan kehilangan sehingga 20 peratus kepadatan tulang. – FOTO Hiasan

APABILA usia semakin meningkat, kebimbangan mengenai tahap kesihatan sudah pasti bermain di minda setiap individu. Namun, adakah kebimbangan itu disusuli dengan tindakan yang sewajarnya?

Menerusi hasil tinjauan Anlene™ yang dijalankan secara blind survey dalam kalangan rakyat Malaysia yang berumur 40 hingga 59 tahun, 95 peratus daripada responden berasa risau tentang kesihatan tulang mereka dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan apabila semakin meningkat usia.

Jarang bersenam, kurang pendedahan kepada cahaya matahari untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium dan mengelak daripada mengambil produk tenusu dalam pemakanan adalah antara tiga faktor penyumbang terbesar yang membimbangkan mereka.

Walaupun sedia maklum bahawa amat penting untuk memiliki tulang yang kuat, 42 peratus responden memberitahu yang fokus pada masa kini lebih kepada melindungi diri daripada dijangkiti wabak Covid-19 dan 33 peratus lagi berpendapat bahawa mereka telah melakukan yang terbaik untuk kesihatan, termasuklah kesihatan tulang.

Kesihatan tulang mungkin semakin merosot apabila menginjak usia emas

Rundingan doktor untuk menilai kesihatan tulang untuk warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas amat disyorkan. – FOTO Hiasan

Menurut Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Pematuhan Fonterra Brands Malaysia, Megawati Suzari berkata, masih terdapat jurang dalam memahami tentang kesihatan tulang.

“Untuk mereka yang kini di pertengahan usia, seharusnya menilai sama ada mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang kerana ia perlu berfungsi bersama sendi dan otot untuk membantu pergerakan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Tulang mungkin semakin lemah seawal umur 30an [1]yang mana semakin meningkat usia, tulang mungkin akan kehilangan sehingga 20 peratus kepadatan tulang[2].

“Seterusnya, tulang rawan sendi pula mungkin mengalami kemerosotan yang ketara selepas usia 40an[3]. Malah, fungsi otot mungkin menjadi semakin lemah dengan kehilangan sehingga 29 peratus [4] kekuatan,” ujarnya.

Menurut Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin berkata, warga Malaysia pertengahan usia perlu memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin dihidapi oleh hampir 1 daripada 4 orang warga Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.

Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya dapat diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, kebiasaanya di pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang.

“Faktor risiko Osteoporosis termasuk kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut serta sejarah keluarga.

“Mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari boleh membantu mencegah Osteoporosis,” katanya.

Rundingan doktor untuk menilai kesihatan tulang untuk warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas amat disyorkan.

Cara untuk mengekalkan tulang dan otot yang kuat

Hanya 30 peratus mengamalkan tabiat untuk minum susu setiap hari. – FOTO Anlene

Intervensi gaya hidup perlu diamalkan supaya tulang, sendi dan otot boleh terus menyokong gaya hidup aktif beserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas.

Oleh itu, rakyat Malaysia sewajarnya melakukan senaman secara berkala, terutamanya senaman yang membantu untuk membina otot dan mengekalkan tukang yang kuat.

Pemakanan seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein juga perlu dititikberatkan.

Menerusi tinjauan yang sama, 30 peratus responden tidak mengetahui jumlah kalsium dan vitamin D yang perlu diambil setiap hari dan hanya 30 peratus mengamalkan tabiat untuk minum susu setiap hari.

Orang dewasa adalah digalakkan untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Sebagai contoh, setiap gelas susu Anlene™ dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X™ dilengkapi dengan kalsium tinggi, kolagen, protein tinggi dan vitamin B2, B6, B12, C,D,E.

Manakala Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti di atas, ditambah dengan MFGM Active™, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tidak mengandungi gula tambahan.

Kajian [5] menunjukkan bahawa peserta yang mengambil dua gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat-zat penting serta mengamalkan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti dua kali ganda, peningkatan keseimbangan tiga kali ganda dan peningkatan jisim otot sebanyak 40 peratus lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.

Ingin tahu apakah Usia Pergerakan anda dengan penilaian postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda? Klik pautan Anlene Move Check

[1] Benjamin, R. (2010). Bone Health: Preventing Osteoporosis. Public Health Reports, 125(3), 368-370. doi: 10.1177/003335491012500302
[2] Hormones and Healthy Bones. National Osteoporosis Foundation. 2009.
[3] Chung, Aging in Human Joint: Articular cartilage. 1966. Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95.
[4] Daly R et al., 2013. Gender specific age-related changes in bone density, muscle strength & functional performance in the elderly: a 10-year prospective population-based study. BMC Geriatrics 13:71.
[5] Daly RM et al. (2020) Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial. The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446

POPULAR

KOSMO! TERKINI