PETALING JAYA: Gurauan rogol meskipun dilakukan secara lisan tidak bermakna pelaku boleh terlepas daripada tindakan undang-undang kerana perbuatan tersebut adalah satu bentuk ugutan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Perkara itu termaktub di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos justeru berkata, tidak timbul isu sama ada gurauan rogol secara lisan boleh terlepas tindakan daripada dikenakan undang-undang kerana beban pembuktian bergantung kepada keterangan saksi di mahkamah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya