Buaya tembaga 300kg ditangkap dalam parit  - Utusan Malaysia

Buaya tembaga 300kg ditangkap dalam parit 

BUAYA tembaga yang ditangkap dia dalam parit Resort Felda Residence Sahabat di Lahad Datu, Sabah. -IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang polis bantuan yang sibuk meronda kawasan pantai berhampiran Resort Felda Residence Sahabat dikejutkan dengan kehadiran  seekor buaya tembaga di dalam parit resort berkenaan, Isnin lalu.

Buaya tembaga seberat 300 kilogram dan sepanjang lebih tiga meter itu didapati terperangkap di dalam parit saluran air resort berkenaan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada anggota polis bantuan tersebut kira-kira pukul 11.25 malam mengenai kehadiran seekor buaya.

Katanya, sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menangkap buaya berkenaan.

Menurutnya, pasukan APM menangkap buaya itu menggunakan jerat perangkap tali dan mengeluarkannya dari parit saluran air resort tersebut.

Buaya tembaga tu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar kira-kira pukul 1.37 petang kelmarin. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN