TELUK INTAN: Bangunan balai polis lama di Jalan Bandar di sini yang berusia lebih 100 tahun mendapat perhatian Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah. Baginda yang mengadakan lawatan ke beberapa tempat di sekitar Teluk Intan kelmarin turut berkenan meninjau keadaan bangunan balai polis lama itu. Titah baginda, bangunan itu sepatutnya dijaga kerana ia mempunyai nilai sejarah. “Sepatutnya bangunan ini dijaga, sebab ini bangunan lama, kalau diruntuhkan…