RAU: Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang terbesar pernah diperuntukkan dalam sejarah negara diakui memberi manfaat kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 selain ke arah usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negara. Namun bajet dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelmarin didakwa masih mempunyai kekurangan apabila kurang memberi perhatian terhadap golongan berpendapatan sederhana (M40). Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis…










