ALOR SETAR: Kerajaan diminta lebih terbuka dengan mendedahkan lokasi-lokasi berisiko dilanda bencana seperti tanah runtuh termasuk di kawasan kediaman dan pusat peranginan agar komuniti di lokaliti tersebut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Institut Geologi Malaysia (IGM), Abd. Rasid Jaapar berkata, ketika ini, pihaknya dimaklumkan terdapat banyak kajian dilakukan agensi atau jabatan berkaitan mengenai kawasan-kawasan bahaya yang tidak didedahkan kepada umum. Menurut beliau, berdasarkan Pelan Induk Cerun…










