2 lagi kampung Orang Asli di Pahang tamat PKPD - Utusan Malaysia

2 lagi kampung Orang Asli di Pahang tamat PKPD

MASYARAKAT Orang Asli di Kampung Sungai Mai di Pahang amat terkenal dengan persembahan kebudayaan dan kraftangan tradisional. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat hari keempat berturut-turut, tiada lagi lokaliti seluruh negara dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama tempoh 14 hari akan datang.

Malahan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad juga memaklumkan bahawa tiada lokaliti dilanjutkan lagi perintah itu, namun dua lokaliti dalam dua daerah berbeza di Pahang bakal ditamatkan PKPD secara serentak esok setelah diwartakan pada 28 September lalu.

Antaranya ialah Kampung Orang Asli Sungai Mai dalam Daerah Jerantut yang didiami lebih 400 penduduk dalam kalangan etnik Jah Hut daripada kluster komuniti bermula 24 September berpunca daripada kes indeks seorang warga tempatan bergejala demam, selesema dan batuk yang pulang ke perkampungan itu pada hari minggu selepas bekerja di daerah tersebut.

Setakat semalam, pihak Jabatan Kesihatan Pahang merekodkan jumlah kumulatif 187 kes dan negeri itu juga mencatatkan sebanyak 14 kluster dengan tambahan terbaharu tiga lagi.

Turut berakhir PKPD ialah Kampung Orang Asli Inoi dalam Daerah Rompin yang juga ekoran kluster komuniti di kawasan dihuni lebih 300 penduduk dari kalangan suku kaum Jakun itu dengan sejumlah keseluruhan 29 kes positif wabak Covid-19 dicatatkan sejak bermula kes pertama pada 26 September lalu sebelum berjangkit teruk.

Perkampungan berkenaan pernah sebelum itu telah dikenakan PKPD pada 14 April lalu, tetapi ia kemudian tamat 23 April iaitu lima hari lebih awal daripada yang ditetapkan MKN. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN