1,901 pelajar baharu Unimap belajar secara hibrid  - Utusan Malaysia

1,901 pelajar baharu Unimap belajar secara hibrid 

ZALIMAN SAULI (duduk tengah) dan timbalan-timbalannya berinteraksi dengan pelajar dan waris secara dalam talian sempena majlis taklimat waris pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda sidang akademik 2021/2022 secara dalam talian di Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menerima kemasukan seramai 1,901 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda bagi semester satu sidang akademik 2021/2022.

Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, daripada jumlah itu, 947 pelajar lelaki dan 954 pelajar perempuan yang bakal mengikuti minggu suai kenal selama tiga hari secara dalam talian.

Katanya, para pelajar baharu itu akan mengikuti pengajian secara hibrid apabila pihak universiti membenarkan mereka ke kampus bagi fasa kedua bersama pelajar tahun dua dan pasca siswazah bermula 22 Oktober ini.

“Pihak universiti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sektor pendidikan tinggi, pengoperasian IPT (institut pengajian tinggi) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pelajar dan warga Unimap terjamin,” katanya pada majlis taklimat waris pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda sidang akademik 2021/2022 secara dalam talian di sini hari ini.

Tambah Zaliman, pihak universiti turut menetapkan syarat dan keutamaan dalam membenarkan pelajar ke kampus.

Katanya, bagi mereka yang dikategorikan pesakit Covid-19, kontak rapat atau suspek tidak dibenarkan hadir, namun, mereka boleh memohon hadir ke kampus selepas sihat sepenuhnya daripada virus berkenaan.

“Sebagai persediaan pelajar pulang ke kampus, Unimap turut membangunkan Sistem Elektronik-Terminal Integrasi Kampus Alam (ETIKA) bagi membantu universiti menguruskan keselamatan dan kesihatan warganya dengan lebih efektif.

“Sistem yang dibangunkan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) Unimap ini digunakan bagi membuat penilaian dan menguruskan risiko kes jangkitan Covid-19 kepada semua warga kampus dan pihak yang mempunyai urusan dengan universiti ini,” katanya.

Selain itu, katanya, Unimap turut menyediakan kit ujian kendiri Covid- 19 semasa proses kemasukan pelajar nanti serta menyediakan pusat isolasi di Kolej Bumita, Pauh Putra di sini bagi urusan kes-kes bergejala atau positif Covid-19.

Dalam pada itu, Unimap juga bakal menerima kehadiran pelajar sedia ada seramai 9,830 yang lengkap vaksinasi secara berperingkat mulai 15 Oktober. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya