101 jangkitan Covid-19 kategori 3,4 dan 5 - Utusan Malaysia

101 jangkitan Covid-19 kategori 3,4 dan 5

PERANAN dan tanggungjawab wanita semakin berat serta setanding lelaki terutama ketika pandemik Covid-19 mula menular di negara ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 101 kes atau 1.6 peratus daripada 6,377 kes jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,276 kes pula atau 98.4 peratus kategori satu dan dua.

“Dalam masa sama, terdapat 32 kes import dilaporkan hari ini manakala, jumlah kes positif Covid-19 mencecah  2,454,749 kes.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 6,637 kes dengan kumulatif kes sembuh sebanyak 2,354,622 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar  hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 564 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 294 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, terdapat lapan kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lima kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, komuniti dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Labuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya