Wanita Thailand ditahan bersama senapang angin buatan sendiri - Utusan Malaysia

Wanita Thailand ditahan bersama senapang angin buatan sendiri

SELARAS senapang angin buatan sendiri yang ditemukan di rumah sewa seorang wanita warga Thailand di Kampung Janggus, Mukim Hosba, Kubang Pasu,, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang wanita warga Thailand berusia 40 tahun ditahan selepas selaras senapang angin buatan sendiri ditemukan di rumah sewanya di Kampung Janggus, Mukim Hosba, Kubang Pasu, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati senapang tersebut adalah milik teman lelaki wanita berkenaan yang masih bebas.

“Wanita itu mendakwa senjata tersebut yang menggunakan guli sebagai peluru untuk memburu dan menembak binatang.

“Walaupun menggunakan guli, senjata ini tetap berbahaya dan boleh membawa kecederaan serius jika digunakan secara salah,” katanya di sini semalam.

Difahamkan, senjata itu dibuat sendiri oleh pasangan tersebut dengan menggunakan besi paip.

Kata beliau, polis sedang giat mencari teman lelaki wanita itu yang juga warga Thailand berusia lingkungan 40-an.

“Serbuan yang dijalankan berdasarkan maklumat itu bagaimanapun mendapati hanya wanita itu yang berada di dalam rumah.

“Selain kes melibatkan senapang angin, siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen kerana dokumen perjalanan wanita itu yang memasuki negara ini sejak 2001 sudah tamat tempoh,” ujarnya.

Tambahnya, wanita terbabit direman  empat hari sehingga 15 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN