Tanah runtuh: 28 penghuni rumah teres Kemensah Heights selamat - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 28 penghuni rumah teres Kemensah Heights selamat

Antara contoh bencana yang berlaku di kawasan perumahan Kemensah Heights, Ampang, Selangor baru-baru ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian tanah runtuh melibatkan penghuni kira-kira 19 kediaman dua tingkat di Kemensah Heights, Ampang, dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.33 malam.

“Pasukan  bomba tiba di lokasi pada pukul 9.44 malam. Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku tanah runtuh menjejaskan belakang rumah melibatkan 19 kediaman.

“Seramai 28 penghuni turut terjejas namun dipindahkan ke dewan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini. .- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN