‘Tak perlu tukar liga nak bukti hebat’ - Utusan Malaysia

‘Tak perlu tukar liga nak bukti hebat’

ROBERT Lewandowski memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebagai penjaring terbanyak musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH, Jerman: Robert Lewandowski menegaskan, dia tidak perlu keluar dari Jerman dan bermain dalam liga lain hanya untuk membuktikan kehebatan.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah membantu Bayern Munich merangkul sebanyak mungkin kejuaraan, terutama Liga Juara-Juara.

Semalam, penyerang Poland itu menerima anugerah Kasut Emas Eropah selaku penjaring terbanyak musim lalu selepas meledak 41 gol dalam 29 perlawanan Bundesliga, mengatasi Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Biarpun sudah menjangkau usia 33 tahun, dia membuktikan masih ber­ada pada prestasi terbaik dengan sudah meledak 11 gol daripada tujuh perlawanan musim ini.

“Ia belum berakhir. Kami masih dahagakan kejuaraan.

“Saya tidak perlu keluar dan buktikan kehebatan di liga negara lain.

“Dengan menjulang Liga Juara-Juara, saya boleh ukur kehebatan. Saya fokus 100 peratus untuk Bayern dan tidak fikir perkara lain,” katanya.

Sejurus tamat majlis pe­nyerahan Kasut Emas yang diadakan di Allianz Arena, Lewandowski turut melaungkan azam untuk me­rangkul kejuaraan Eropah kedua bersama Bayern.

Lewandowski muncul pemain dari Bundesliga kedua memenangi Kasut Emas Eropah selepas Gerd Mueller memenanginya pada 1970 dan 1972. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya