fbpx

Rasuah: Pengarah syarikat aksesori motosikal didenda RM70,000

WONG Yeng Fart (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah kepada pegawai KPDNHEP yang dilakukannya pada tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pengarah sebuah syarikat didenda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah sebanyak RM100,000 kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tahun lalu.

Dalam sebutan semula kes tersebut semalam, Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas tertuduh, Wong Yeng Fart, 49.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengaku atas satu pertuduhan pilihan iaitu telah secara rasuah memberi satu suapan  kepada pegawai KPDNHEP sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap syarikat miliknya itu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Berdasarkan fakta kes, pada 20 Januari 2020, satu operasi serbuan dijalankan oleh KPDNHEP di sebuah premis dimiliki oleh tertuduh yang beralamat di Galla Industrial Park, Jalan Labu di sini.

Dalam serbuan tersebut, rampasan dan tangkapan dibuat oleh KPDNHEP berkaitan dengan kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019.

Sitaan dibuat oleh KPDNHEP melibatkan alat ganti dan aksesori motosikal sebanyak 4,528 unit yang dipercayai menggunakan satu cap dagangan berdaftar dan dipakai dengan salah.

Pada 31 Januari 2020, tertuduh didakwa telah menawarkan wang berjumlah RM100,000 kepada seorang pegawai penyiasat KPDNHEP yang dilantik menjalankan siasatan kes tersebut.

Tertuduh telah ditangkap pada 4 Februari tahun lalu semasa membuat penyerahan wang rasuah berjumlah RM100,000 kepada pegawai KPDNHEP tersebut di sebuah restoran di Seremban 2, di sini.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

Mengikut pertuduhan, dia boleh didenda tidak sampai 10 tahun atau denda atau kedua kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam KF Wong & Lee membayar denda yang dikenakan ke atasnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI