KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pagi tadi mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Labuan.
Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan, lawatan itu bertujuan bagi mendapatkan pandangan dan input menjelang pembukaan sekolah pada bulan depan.
Beliau mengadakan sesi libat urus itu bersama wakil guru dan Persatuan Ibu Bapda dan Guru (PIBG) di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Hadir sama dalam rombongan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah dan Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Noor Zamani Abdol Hamid.
Sesi libat urus di wilayah itu akan diteruskan sehingga esok pagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. -UTUSAN ONLINE










