Pokok tumbang, tanah runtuh di Tanjung Bungah akibat hujan lebat  - Utusan Malaysia

Pokok tumbang, tanah runtuh di Tanjung Bungah akibat hujan lebat 

Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang ekoran hujan lebat sejak malam tadi hingga awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi sehingga awal pagi ini mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi di sekitar Tanjung Bungah, di sini. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan orang awam berlaku akibat kejadian berkenaan. 

Difahamkan, antara lokasi kejadian pokok tumbang dikesan berlaku berhampiran jalan utama di kawasan Masjid Terapung dan di Jalan Lembah Permai, di Tanjung Bungah. 

Ekoran kejadian tanah runtuh itu juga, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Vale of Temple – Lembah Permai akan ditutup sepenuhnya hari ini. 

Dalam pada itu, menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Bandar MBPP, Ar Yew Tung Seang turut mengadakan lawatan ke tapak tanah runtuh di Puncak Bukit Mutiara 1, di Tanjung Bungah pagi ini. 

“Kerja-kerja pembersihan di laluan tersebut telah dijalankan oleh Skuad Pantas MBPP dan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan tersebut dengan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.