PETALING JAYA : Keterangan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka, di sini, pada 2 Ogos lalu telah diambil.
Kit Siang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12.47 tengah hari tadi.
Beliau bagaimanapun, selesai memberi keterangan pada pukul 1.20 petang.
Pada 10 Ogos lalu, beberapa ahli politik pembangkang hadir lebih awal memberi keterangan sama termasuk Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun.
Ahli politik lain termasuk Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Klang Charles Santiago; Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran.
Enam lagi individu iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Alor Star, Chan Ming Kai; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Merbuk, Nor Azrina Surip dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook hadir memberi keterangan di tempat sama. -UTUSAN ONLINE









