Pemandu tersepit setengah jam dalam van - Utusan Malaysia

Pemandu tersepit setengah jam dalam van

KEADAAN kemalangan antara sebuah van dengan kereta jenis Perodua Kancil yang menyebabkan pemandunya tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka di Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pemandu van terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam akibat tersepit di dalam kenderaan itu dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil di Jalan Perak, Jelutong di sini. 

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 28 tahun berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian muka. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pukul 1.05 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian. 

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di mangsa didapati berada dalam keadaan tersepit di bahagian pemandu manakala pemandu kereta Perodua Kancil dilaporkan telah dibawa ke hospital oleh rakannya. 

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan  pukul 1.40 petang. 

“Kita difahamkan pemandu Perodua Kancil yang merupakan seorang lelaki Cina yang belum dipastikan identitinya mengalami kecederaan pada kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, mangsa yang tersepit telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pukul 1.47 petang. –  UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya