Meninggal dunia depan rumah selepas berbasikal - Utusan Malaysia

Meninggal dunia depan rumah selepas berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya selepas melakukan aktiviti berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun secara tiba-tiba terjatuh dan pengsan selepas melakukan senaman ringan.

Beberapa jiran dan ahli keluarga mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam, sebaik kakitangan hospital tiba, mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mangsa juga telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti virus itu pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya.

Sazalee berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambahnya jenazah mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN