PETALING JAYA: Lima belia yang mewakili pertubuhan Undi Sarawak menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching Sarawak semalam yang mengarahkan kerajaan melaksanakan pindaan undi 18 (Undi18) sebelum 31 Disember ini, memberi hak mengundi kepada golongan itu. Menurut salah seorang pemohon semakan kehakiman itu, Ivan Alexander Ong, 19, pelaksanaan penurunan had umur mengundi itu membolehkan kira-kira 135,000 anak muda Sarawak berumur 18 hingga 20 tahun mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan…










