Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas

Mayat mangsa lemas ditemukan di Kampung Baru Hicom, Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang hanyut selepas terjatuh ke dalam longkang semalam terungkai selepas mayatnya ditemukan di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, pagi tadi.

Mangsa, Siti Aishah Supardi, 8, ditemukan orang awam di sekitar lokasi kejadian pada pukul 8.42 pagi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, penemuan itu disedari orang awam yang melihat mangsa di dasar longkang berkenaan.

“Kanak-kanak itu ditemukan emas oleh orang kampung kira-kira 15 meter dari tempatnya terjatuh. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semakan mendapati ibu bapa mangsa merupakan warga Indonesia yang yang memiliki status penduduk tetap (PR).

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kanak-kanak perempuan itu dikhuatiri hanyut dibawa arus deras di dalam longkang terbabit.

Bomba menerima panggilan pada pukul 6.18 petang dan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

Seramai 10 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Turut dihantar antaranya empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), tiga Unit Bermotor Bomba (RIM) dan dua Fire Rescue Tender. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN