Jepun beri amaran pengganas sasar Asia Tenggara termasuk Malaysia - Utusan Malaysia

Jepun beri amaran pengganas sasar Asia Tenggara termasuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar Jepun mengeluarkan amaran kepada warganegaranya terhadap kemungkinan wujudnya ancaman pengganas di Asia Tenggara.

 

Amaran itu disampaikan oleh Kedutaan Jepun di Malaysia hari ini.

 

“Ada maklumat yang menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan serangan bom akan berlaku di tempat-tempat orang berkumpul, seperti tempat sembahyang.

 

“Kami meminta semua warganegara Jepun untuk mengukuhkan tahap waspada terhadap serangan pengganas dan mengambil langkah-langkah yang disarankan,” kata kedutaan seperti dinyatakan melalui laman webnya hari ini.

 

Terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN