GKP4.0 disalur mulai 21 September - PM - Utusan Malaysia

GKP4.0 disalur mulai 21 September – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan akan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) mulai 21 September ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih satu juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

 

Malah, katanya lagi, ia sejajar komited kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya PKS mikro.

 

Katanya, bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September berjumlah RM500 dan November (RM500). 

 

“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

 

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah Ismail Sabri, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

 

Perdana Menteri berharap bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

       

“Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

 

“Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” jelas Perdana Menteri.

 

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya