Ducati Malaysia lancar Multistrada V4 - Utusan Malaysia

Ducati Malaysia lancar Multistrada V4

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holding Sdn. Bhd., Datuk Nik Hamdan Nik Hassan; Pengerusi Kumpulan Automotif Naza, Datuk Jasmy Ismail dan Dennis Michael pada majlis pelancaran Multistrada V4 di Petaling Jaya, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ducati Malaysia melancarkan Multistrada V4 serba baharu dengan harga bermula daripada RM135,900.

Ketua Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata, Multistrada V4 bukan satu-satunya model yang dilancarkan pada tahun ini.

Malah katanya, Ducati Malaysia menyasarkan untuk melancarkan tiga lagi model baharu menjelang akhir tahun.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur industri beransur pulih dengan syarikat masih mampu mengekalkan jualan meskipun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan operasi terpaksa ditutup selama kira-kira dua bulan.

“Industri automotif terutama permotoran antara yang paling terusk terjejas akibat Covid dan tempoh itu semakin beransur pulih.

“Banyak cabaran yang perlu ditempuh dan dalam konteks Ducati, ia juga telah beransur pulih apabila menyaksikan tempahan sepanjang tempoh PKP sangat menggalakkan.

“Masa PKP kita dapat 47 tempahan pelbagai jenis. Kita sekarang tengah cuba memenuhi tempahan yang tertangguh semasa PKP. Malah untuk motor ini (Multistrada V4) sahaja kita telah terima hampir 50 tempahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Multistrada V4 di sini, semalam.

Menurut Dennis, masalah sekarang adalah bekalan dari Thailand untuk membolehkan tempatan pelanggan dan sasaran jualan hingga hujung tahun dicapai.

“Kalau kita dapat bekalan dari Thailand, Kita rasa dalam tempoh hingga hujung tahun, kita boleh atasi jurang (jualan) dua bulan (semasa PKP),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN