PETALING JAYA: Ducati Malaysia melancarkan Multistrada V4 serba baharu dengan harga bermula daripada RM135,900. Ketua Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata, Multistrada V4 bukan satu-satunya model yang dilancarkan pada tahun ini. Malah katanya, Ducati Malaysia menyasarkan untuk melancarkan tiga lagi model baharu menjelang akhir tahun. Beliau berkata, pihaknya bersyukur industri beransur pulih dengan syarikat masih mampu mengekalkan jualan meskipun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan operasi terpaksa ditutup selama…










