Bekalan air Lembah Klang pulih 37 peratus - Utusan Malaysia

Bekalan air Lembah Klang pulih 37 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah Klang sudah mencapai tahap 37.6 peratus pemulihan setakat ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, pemulihan melibatkan lima wilayah itu direkodkan sehingga pukul 9 malam hari ini.

“Kawasan terjejas di Sepang mencatatkan sebanyak 80.4 peratus pemulihan diikuti Putrajaya (56.5 peratus) dan Kuala Langat (25 peratus). 

 “Bekalan air di daerah Hulu Langat dan Petaling pula masih sifar peratus setakat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN