‘Tuhan beri keizinan rehatkan diri’ - Shahrol Shiro - Utusan Malaysia

‘Tuhan beri keizinan rehatkan diri’ – Shahrol Shiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Shahrol Shiro mendedahkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat masalah resdung yang teruk.

Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi, 37, menerusi Instagramnya memaklumkan pembedahan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah tersebut terus menganggu tidurnya.

“Tuhan beri keizinan rehatkan diri ini sebentar. Maaf jika ada sahabat-sahabat yang hubungi tidak dapat seminggu ini.

“Sebelum pembedahan pun boleh layan karaoke kakitangan-kakitangan kat sini. Harap kalian gembira.

“Saya jangkakan soalan yang lazim di komen ini. Sakit apa itu? Jawapannya, resdung yang mengganggu setiap kali tidur,” tulisnya.

Perkongsian Shahrol itu dihujani doa dan kata-kata semangat daripada ramai pihak termasuk rakan artis yang ingin melihat dia segera sembuh.

Antara yang menulis di ruangan komen adalah teman seperjuangan, Johan Raja Lawak.

“Semoga cepat sembuh dan selamat semuanya, Amin,” tulisnya.

Turut mendoakan adalah penyanyi asal Singapura, Awi Rafael.

“Bismillah, Insya-Allah sembuh tak lama lagi. Apnea tidur benar-benar berlaku, semoga resdung hilang terus! Amin,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN