Timbalan Menteri Wilayah kecewa Putrajaya tiada air - Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Wilayah kecewa Putrajaya tiada air

AIR Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias kecewa apabila sebahagian besar Putrajaya ketiadaan bekalan air secara tiba-tiba hari ini.

 Lebih mengecewakan, gangguan tidak berjadual yang berpunca daripada masalah dialami negeri berjiran itu berlaku  ketika penduduk bercuti bagi meraikan Hari Kebangsaan.

 “Saya sedih dan kecewa dengan tragedi pencemaran air dan bau yang berkali-kali berlaku di sungai utama kita,” kata beliau  menerusi hantaran di Facebook beliau.  

 Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. memaklumkan sejumlah 463 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 12 tengah hari tadi termasuk 23 kawasan di Putrajaya yang meliputi Presint 1 sehingga Presint 20 dan Taman Botani.

Ketiadaan air susulan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dekat sini yang perlu dihentikan tugas.

 Ia membabitkan Stesen Pam Air Mentah di Jenderam Hilir  ekoran pencemaran bau seakan-akan bahan tercemar kimia dikesan di loji itu pada sebelah pagi.

 Mengulas lanjut, Jalaluddin berharap warga Putrajaya bersabar meskipun memahami ramai marah kerana masalah itu tidak sepatutnya berlaku di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

 “Saya berharap pihak Air Selangor dapat menyegerakan langkah kontingensi untuk cepat membekalkan bekalan air bersih kepada pengguna yang menerima derita ini,” katanya.

 Beliau turut memberi jaminan bahawa isu melibatkan kebajikan dan keperluan asas hidup penduduk Wilayah Persekutuan menjadi keutamaannya dan hal sedemikian tidak sewajarnya boleh dibuat main-main dalam jangka masa panjang demi kesejahteraan masyarakat untuk menikmati hak asas itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya