Teruskan usaha memerangi Covid-19 - Utusan Malaysia

Teruskan usaha memerangi Covid-19

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat meneruskan usaha memerangi pandemik Covid-19 demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara sebagaimana pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, itu yang harus diberi keutamaan Perdana Menteri kesembilan pada waktu ini.

“Semoga dengan pelantikan ini Malaysia dapat meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik Covid-19 demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara sebagaimana pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN