Rentas daerah, makan di kedai dibenarkan negeri fasa 2 ke atas - Utusan Malaysia

Rentas daerah, makan di kedai dibenarkan negeri fasa 2 ke atas

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan kemudahan sektor sosial kepada individu vaksin lengkap dan menetap negeri fasa 2 dan ke atas di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu ialah rentas daerah dibenarkan dan makan di kedai dengan perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya dan pemilik kedai.

Bagaimanapun, beliau berkata, seseorang individu hanya diiktiraf sebagai individu lengkap vaksinasinya apabila penerima jenis vaksin dua dos perlu melepasi hari ke-14 suntikan dos kedua, manakala jenis vaksin satu dos pula perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Kata beliau, turut dibenarkan ialah aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

“Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan homestay dan hotel,” katanya dalam perutusan khas hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN