PM sumbang air minuman buat penduduk Kuala Nerus, Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

PM sumbang air minuman buat penduduk Kuala Nerus, Kuala Terengganu

Ahmad Said (dua, kanan) bersama Mohd. Anuar Yunus (dua, kiri) dalam program Misi Bantuan Bekalan Air sumbangan Perdana Menteri di sini Kuala Nerus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Krisis air 2.0 melibatkan penduduk di daerah ini dan sebahagian Kuala Terengganu sejak Isnin lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri menyumbangkan kira-kira 1.18 juta liter air minuman bagi diagihkan kepada kesemua 29,151 pengguna yang terjejas. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bantuan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Anuar Yunus.

“Perdana Menteri bersimpati dengan kepayahan penduduk yang terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air buat kali kedua dalam tempoh sebulan ini. 

“Perdana Menteri turut melahirkan hasrat untuk turun padang bagi meninjau krisis air dalam masa terdekat,” kata beliau pada program Misi Bantuan Bekalan Air sumbangan Perdana Menteri di sini hari ini. 

Krisis bekalan air di Terengganu berpunca paip dasar sungai Tangki Berangan yang patah dijangka berlarutan hingga 12 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN