Penyanyi Cute, Harith Zazman kini suami orang - Utusan Malaysia

Penyanyi Cute, Harith Zazman kini suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Cute (Stoplah Being So Cute), Harith Zazman, 27, sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nuramalina Ghakaskhah, semalam.

Ia sekali gus menyaksikan Harith mengotakan janjinya selepas lima bulan mengikat tali pertunangan dengan Nuramalina meski tanpa mengadakan majlis bagi meraikan hari bahagia mereka itu.

Menurut Harith, pada asalnya, dia dan isteri berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan meski tidak secara besar-besaran pada asalnya, namun terpaksa akur dengan situasi semasa yang tidak mengizinkan.

“Kami hanya bernikah di Pejabat Agama Hulu Langat dan Alhamdulillah, dari segi tarikh, memang kami pilih tarikh 28 Ogos 2021.

“Mahu juga adakan majlis di ibu kota, tetapi keadaan sekarang tidak mengizinkan.Walaupun tidak seperti yang dirancang tetapi semuanya dipermudahkan.

“Kami hanya bernikah di pejabat agama sekitar 4 petang. Akad nikah mengambil masa dalam 20 minit sahaja kemudian pulang ke rumah untuk bergambar dan makan bersama keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Penyanyi ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkongsian berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi paparan gambar di Instagram, Harith menyarungkan cincin di jari isteri tersayang dengan kapsyen luahan rasa kesyukuran.

Dalam pada itu, Harith memberitahu mereka tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat memandangkan situasi semasa pandemik belum benar-benar pulih.

“Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah tapi kami tidaklah terburu-buru untuk dapatkan anak.
“Lagipun, waktu sekarang ini tak berapa sesuai untuk dikurniakan cahaya mata… tunggu negara dalam keadaan stabil.

“Sekarang ini, saya nak menikmati dahulu status dan kehidupan sebagai suami dan tanggungjawab baharu bersama isteri,” katanya.

Harith mengikat tali pertunangan dengan Nuramalina yang juga model dalam video muziknya pada 13 Mac lalu selepas genap setahun perkenalan di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya