Nikmati pakej peranti RM1 dengan pelan internet - Utusan Malaysia

Nikmati pakej peranti RM1 dengan pelan internet

Tawaran terhad ini memberikan anda peluang untuk menikmati panggilan dan data VoLTE terhebat. - FOTO Celcom
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANDEMIK COVID-19 tidak seharusnya menjadi penghalang untuk anda kekal berhubung dengan yang tersayang.

Panggilan video dan suara mahupun pesanan ringkas di laman sosial memadai untuk dijadikan pengubat rindu selepas lama tidak berjumpa.

Justeru, Celcom menawarkan pakej hebat terbaharu melalui tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin yang memberikan anda telefon pintar 4G pada harga RM1!

Pakej Peranti RM1 ini turut disertakan pelan pascabayar MEGA™ dengan kontrak selama 24 bulan.

Telefon pintar yang ditawarkan Celcom ini adalah daripada jenama terkenal dan bernilai antara RM1,000 hingga RM2,000 namun ditawarkan pada harga istimewa iaitu RM1.

Antara peranti yang boleh dijadikan pilihan adalah Vivo Y20, OPPO A54, Vivo Y20s dan Vivo, masing-masing disertakan pelan pascabayar Celcom MEGA™ Lightning M Pass, Celcom MEGA™ Lightning M Plus Pass, Celcom MEGA™ Lightning L Plus Pass atau Celcom MEGA™ Lightning XL Pass.

Tawaran terhad yang sah sehingga 16 September 2021 ini memberikan anda peluang untuk menikmati panggilan berkualiti tinggi Celcom HD Voice terhebat bersama yang tersayang.

Selain itu, ia turut memberikan penjimatan dan nilai berganda ketika tempoh pandemik memandangkan ramai di antara kita menghadapi krisis kewangan.

Dapatkan telefon pintar 4G baharu anda pada harga RM1 dari Celcom Online Shop, Celcom Bluecube atau Rakan Rasmi Celcom seluruh negara hari ini.

Tawaran terbuka untuk pelanggan baharu dan sedia ada Celcom.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin, layari laman web, Facebook dan Twitter Celcom atau aplikasi Celcom Life.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.