'Merdeka kewangan' dengan emas - Utusan Malaysia

‘Merdeka kewangan’ dengan emas

KAKITANGAN kedai emas Hajjah Halijah mengedarkan 200 Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan di Jalan Medan, Kangar, Perlis. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Emas cukup signifikan bagi orang dahulu membuat simpanan atau pelaburan bagi menggantikan wang tunai dan kaedah itu disifatkan masih relevan diteruskan generasi muda.

Pengerusi kedai emas Hajjah Halijah, Mohd. Shaiful Hasri Shukri berkata, orang ramai dinasihatkan mencapai ‘kemerdekaan kewangan’ mereka melalui simpanan emas sebagai pelaburan jangka panjang.

Katanya, setiap barang kemas milik generasi terdahulu diturunkan kepada anak-anak mereka dan begitulah seterusnya kerana ia adalah aset cukup berharga.

“Emas ini, sebagai perlindungan kepada mereka (orang-orang dahulu) semasa mencapai kemerdekaan. Banyak sebenarnya erti kemerdekaan dengan emas yang menjadi sumber simpanan kepada orang-orang lama.

“Bagi saya, cara menyimpan dengan emas adalah betul. Kita juga harus bermula dari sekarang supaya ‘kemerdekaan kewangan’ melalui emas itu boleh dicapai,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengedaran Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 di kedai emas tersebut di Jalan Medan, di sini, semalam.

Sebanyak 200 Jalur Gemilang diedarkan secara pandu lalu kepada kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Kedai Emas Hajjah Halijah di sini adalah salah satu daripada keseluruhan empat cawangan selain Alor Setar, Jitra dan Sungai Petani di Kedah.

Sementara itu, Mohd. Shaiful berkata, inisiatif mengedarkan Jalur Gemilang tersebut adalah aktiviti tahunan yang dilakukan pihaknya dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan.

Katanya, meskipun negara masih berdepan pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan perlu diraikan walaupun dalam suasana serba sederhana.

“Bulan Kemerdekaan memang dekat dengan keluarga kami, tambahan ayah saya yang juga pengasas kedai emas ini iaitu Shukri Othman dilahirkan pada tahun kemerdekaan iaitu pada 14 Ogos 1957,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN