PONTIAN: Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 antara Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) bukan sahaja menempa sejarah kepada negara, bahkan meninggalkan pengalaman bermakna buat seorang pesara polis. Sebagai Pegawai Teknikal dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mat Rashid Jusoh, 66, yang bersara pada 2015 dengan pangkat Superintenden sebagai Pegawai Turus Urusetia Cawangan Khas Bukit Aman, lebih suka menyifatkan dirinya petugas ‘di belakang tabir’ bagi melumpuhkan aktiviti…