KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan di Istana Negara hari ini. Pelantikan Ismail Sabri diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 ahli Dewan Rakyat yang memberikan pengakuan masing-masing menyokong Ahli Parlimen Bera itu. Selain UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, MCA dan MIC yang bersemuka menyatakan…










