PETALING JAYA:Jika anda berhasrat mendapatkan kenderaan jenama import pemasangan tempatan (CKD) dalam tempoh terdekat, sekarang bukanlah masa terbaik. Ini kerana pembeli dan penjual kereta kini berdepan masalah mendapatkan stok kenderaan terutama pemasangan tempatan (CKD) ekoran penutupan operasi hampir dua bulan. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, penjualan kereta juga berada pada tahap paling minimum, sekali gus menjejaskan pendapatan ekoran penutupan kilang dan pusat jualan. Bagaimanapun, katanya, pelanggan masih boleh membeli model diimport sepenuhnya (CBU) berdasarkan stok dan model yang dibawa masuk sebelum ini sahaja. “Stok kereta CKD…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya