Daun ketum bernilai RM135,000 gagal diseludup ke Thailand  - Utusan Malaysia

Daun ketum bernilai RM135,000 gagal diseludup ke Thailand 

SEBAHAGIAN daripada daun ketum yang dirampas oleh Maritim Malaysia di muara Kuala Sanglang, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kedah menggagalkan cubaan menyeludup 750 kilogram (kg) daun ketum ke Thailand di kedudukan 0.2 batu nautika dari muara Kuala Sanglang di sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, serbuan dilakukan selepas mengesan sebuah bot fiber yang mencurigakan pada pukul 4 pagi.

“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 75 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum dengan berat dianggarkan 750 kg bernilai RM135,000.

“Hasil rampasan, bot fiber dan enjin dianggarkan bernilai RM198,000  dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noor Azreyanti berkata, penyeludup cuba menyeludup melalui jalan laut berikutan harga pasaran semasa di negara jiran mencecah lebih RM180 sekilogram berbanding pasaran tempatan yang hanya RM70 sekilogram.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya