PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,807 kes berbanding semalam, 22,262 kes sekali gus mengatasi kes sembuh sebanyak 18,200 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 232 kematian dicatatkan dengan 1,026 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 496 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 262,255 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes), Kedah (1,948 kes), Sarawak (1,772 kes), Pulau Pinang (1,501 kes), Johor (1,391 kes) dan Kelantan (1,196 kes).
“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur (999 kes), Perak (703 kes), Pahang (598 kes), Melaka (558 kes), Terengganu (534 kes) dan Negeri Sembilan (508 kes).
“Bagaimanapun, satu negeri dan wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (54 kes) dan Putrajaya (24 kes) manakala Labuan hanya empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










