PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memastikan beliau mempunyai kuorum yang cukup sebelum pengundian usul percaya pada sidang Dewan Rakyat minggu depan, bagi menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri Kesembilan. Situasi ‘tidak cukup kuorum’ boleh berlaku jika terdapat ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau tetapi tidak dapat hadir ke Parlimen yang antaranya mungkin disebabkan masalah kesihatan seperti positif Covid-19. Ismail Sabri memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 111 wakil rakyat pada…










