Beli kit ujian kendiri diluluskan MDA - Utusan Malaysia

Beli kit ujian kendiri diluluskan MDA

KPDNHEP memeriksa salah sebuah farmasi yang menjual kit kendiri Covid-19 di Terengganu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyarankan orang ramai hanya membeli kit ujian kendiri diluluskan pihak berkuasa.

Ia susulan ada farmasi tempatan didapati menawarkan kit ujian yang bukan daripada enam syarikat diberi kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

 “Ada aduan pengguna mengenai penjualan kit itu dijual pada harga RM60 seunit di sebuah farmasi di Terengganu yang mendapat bekalannya dari sebuah farmasi lain di Pahang.

“Pemeriksaan mendapati farmasi di Terengganu  telah mematuhi penandaan harga ke atas produk bagi membolehkan pengguna membuat keputusan,” kata KPDNHEP menerusi kenyataan hari ini.

 Bagaimanapun, kata kenyataan itu, farmasi di Pahang itu membekalkan kit ujian yang bukan dalam enam syarikat diberi kelulusan MDA. 

“Pengguna disarankan  lebih berhati-hati sebelum membeli kit ujian tersebut  dengan membuat rujukan melalui laman sesawang rasmi MDAi iaitu melayari https://portal.mda.gov.my/ sebelum membuat pembelian,” kata kenyataan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada 3 Ogos lalu mengesahkan enam kit ujian kendiri diluluskan, manakala 14 lagi sedang menjalani ujian prestasi makmal terpilih ketika ini.

Penjualan kit berkenaan dijangka mampu mengurangkan kesesakan teruk di premis saringan dan mengelak berlaku penularan wabak selain boleh dijadikan pemeriksaan kendiri di rumah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya