Bekalan ubat rawatan Covid-19 tak putus - Utusan Malaysia

Bekalan ubat rawatan Covid-19 tak putus

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Bekalan ubat-ubatan yang berkaitan rawatan Covid-19 di hospital awam tidak terputus keseluruhan sebaliknya  diterima secara berperingkat daripada pihak pembekal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum laporan media yang menyatakan terdapat kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan rawatan jangkitan Covid-19 di hospital awam seluruh negara.

Menurut beliau, sejak Mei lalu permintaan ke atas ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan Covid-19 meningkat secara drastik  berikutan kenaikan kes secara mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. 

“Permintaan dalam negara ke atas ubat-ubatan berkaitan dengan rawatan Covid-19 telah meningkat antara 10 hingga 15 kali ganda berbanding sebelum pandemik Covid-19.

“Ia turut mempengaruhi kedudukan stok ubat-ubatan Covid-19 di hospital awam,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Beliau berkata, KKM turut dimaklumkan mengenai gangguan bekalan oleh syarikat pengeluar ubat-ubatan di luar negara berikutan situasi pandemik, selain pengeluar tempatan juga mempunyai keupayaan terhad untuk menghasilkan stok dalam jumlah yang besar dalam jangka waktu singkat. 

“Ini disebabkan oleh kekurangan bahan mentah di pihak pengeluar dan kemasukan bahan mentah tambahan dari luar negara yang tidak stabil,” jelasnya.

 Justeru, Noor Hisham berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut melalui pendekatan seperti bekerjasama dengan pembekal melalui komunikasi berterusan untuk mendapatkan keutamaan penerimaan bekalan oleh Malaysia serta mencari sumber alternatif bagi ubat di bawah kontrak pusat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya