22 individu berhibur dikompaun RM150,000  - Utusan Malaysia

22 individu berhibur dikompaun RM150,000 

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 22 individu dikompaun berjumlah RM150,000 dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan pada pukul 1 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pemeriksaan dilakukan ke atas 24 individu terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita termasuk dua wanita warga China.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 13 orang termasuk seorang wanita warga China positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan amphetamine.

“Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua wanita warga China itu pula disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, 22 individu warga tempatan itu pula dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (No.3) 2021.

“Kita memberi peringatan tegas kepada semua pemilik semua pusat hiburan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerana aktiviti pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Perak.

“Dengan ada operasi seperti ini, diharap ia bukan sahaja dapat mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap ancaman penagihan dan pengedaran dadah malah terhadap jangkitan wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.